biography Le'Box Le'girls home entry

Follow @Nblhkll

I grew up too fast :')
Assalamualaikum :)


* Muka bajet suci je ni, cover cover mcm ramai peminat, Erk? Wkwkwk *

Hmm duduk rumah cuti sem ni sometimes rasa lifeless, sometimes ada pekdah nya jugak. Sebab aku rasa macam aku boleh berfikir dengan tenang dan menjadikan fikiran aku lebih matang.
Fikiran ye anak anak. Bukan orangnya. Wakakaka


Erk, sometimes aku terfikir. Masa berlalu dengan pantas. Kadang kadang tak sempat nak buat semua yang kita idamkan dalam satu masa yg sama. Well dari sekolah, form 1 sebok nak habis sekolah. Malas nak belajar, nampak sangat pemalasnya tu kan. 


Akhirnya, aku berjaya jugak habiskan zaman persekolahan aku yg sekarang aku rindui. Banyak sangat kenangan. Biasalah budak budak sekolah. Fikir ikut sedap rasa. Cakap ikut sedap hati. Perlakuan ikut suka hati mak bapak je kan. Tak fikir orang lain.Hmm aku dah besar. Tak percaya. Tapi itu hakikatnya. Dh boleh kahwin dah. Wakakaka :3


* Nampak tak mka kekanakkan, kebahagiaan dia tu? *


Dan akhirnya, Dengan bekalan keputusan SPM yang agak memberangsangkan, aku tak agak sebenarnya nak dapat banyak mcm tu. Rezeki ye dakk? Usaha pun kena ada. Jangan fikir sedap rasaje taknak belajar. Rugi masa depan. Selagi nyawa dikandung badan. Kaut la ilmu sebanyak mungkin :)
Aku berjaya melanjutkan pelajaran ke UiTM lendu, Melaka course Pengajian Perniagaan. Dokek joo dengan rumah den ni haa. Sejam setengah sampai le. 


* Amacam, ada mcm businesswoman tak? Wakkaka :3 *

Kadang aku rasa banyak perubahan dalam diri aku. Tapi kadang kadang orang tak perasan perubahan tu. Aku dah besar. Dah 18 tahun dah. Rasa mcm sekejapnya lah aku hidup. Tup tap tup tap dh habis sekolah. Dah habis sem 1. What a life. Aku betul betul nak menikmati kehidupan sekarang dengan sebaik mungkin. Aku taknak sia siakan :) So mari menimba ilmu *joget joget*


* I dont care *

Sama ada orang nak bagi pandangan negatif atau positif dalam perjalanan hidup aku. Aku tak kisah. Sebab yang aku perlu buat adalah uruskan kehidupan aku sendiri. Bukan kehidupan orang lain. Siapa yg nak berjaya sendiri kena usaha la kan? Tak kan kau lahir terus boleh kaya. Ye tak? Kalau mcm tu sonang la hidup ekau. 



Dan aku mula mencari keredaan yang hakiki. Semoga aku beristiqamah dengan perbahan sendiri. Mungkin tak banyak tapi aku harap dapat membantu aku untuk mendapatkan kehidupan yg lebih baik. Bersihkan hati. Jangan ada sifat dengki, iri hati. Hm ye Aku mohon sentiasa supaya Allah ampunkan dosa kecil dan dosa besarku. Manusia mana tak pernah buat silap? Semuanya buat kesilapan. Kesilapan yang berbeza. 


Dari segi percintaan. Tak semestinya kita mengalah bermaksud kita kalah. Aku belajar banyak benda. Aku lalui banyak perkara. Ye aku sedar. Benda tu sume kadang kadang mematangkan. Kadang kadang mampu buat kita mcm kanak kanak. Boleh aku mohon maaf kepada sang jejaka yg pernah aku sayangi dulu?

Maaf kan aku. Aku tak sekuat yang kau jangkakan. Kerana aku pasti menangis ditinggalkan kau. Aku tak lah sebaik yang kau harapkan. Kerana aku sering melakukan kesilapan. Aku juga tak lah segagah yang kau fahamkan. Kerana aku tidak dapat menahan rasa cemburu bila kau jauh di mata. Maafka aku. Aku tak sempurna. Tidak mampu menjadi 'hawa' untuk 'adam' nya. Aku berjanji untuk pergi mulai saat itu, aku berjanji untuk lenyapkan diri mulai detik itu. Aku kotakan janji aku. Walau pandangan benci yg kau lemparkan. Ye aku faham. Sebab tu aku pergi. jaga diri. Jangan risau. Aku takkan munculkan diri selepas ni. Aku janji. 


Ape yg aku harap sekarang. Menjalani kehidupan yang baru. Ye insyaALLAH aku mampu. Lupakan kisah lama. Abaikan mana yang tak penting. InsyaALLAH aku mampu. Dengan izinNya, dia akan permudahkan segala jalan kehidupan aku. Benda yang tak patut berlaku, aku lupakan. Benda yang menyakitkan, aku hapuskan. I grew up too fast. Aku tak sedar. Tapi aku bersyukur. Bukan ke ini yg patut ada dalam diri masing masing? Hm think. Maafkan segala kesilapan. Sama ada yang aku buat ataupun tidak. Aku cuma manusia. Yang pasti, aku nak hidup yang bererti waktu ini :) Lets pray together. Winkwink :D 

Lots Of Love,
Nabilah Kalil